Tuesday, 7 June 2011

GuNuNg RaJaH

Assalaumaikum pada minggu ini sebahagian dari grop kami akan mendaki gunung rajah yang berada di daerah bentong Pahang disini saya lampirkan serba sedikit mengendai gunung rajah

Air Terjun Camang
Kawasan rekreasi air terjun ini sering dikunjungi orang ramai. Walaupun jalan berturap ke air terjun ini agak sempit namun kemudahan tempat letak kereta yang disediakan cukup besar. Gerai-gerai dan kemudahan awam lain turut disediakan disini terutama pada hari minggu dan cuti umum. Pendaki boleh bermandi-manda di jeram deras tetapi awas air pusar dibawah air terjun ini. 

Trek ke gunung ini mula dari jalan balak tinggal 1KM sebelum tiba ke Air Terjun Camang. Namun bagi pendaki yang ingin memulakan pendakian dari Air Terjun Camang, boleh memintas trek balak tersebut dengan mendaki bukit di belakang Pejabat Ranjer hingga ke trek balak. Walaupun trek untuk mendaki bukit ini agak mencanak tetapi rata-rata sepanjang trek balak adalah landai sahaja.

Setengah jam berjalan pendaki akan melintas satu penempatan baru orang asli, trek balak agak mendaki sedikit, awas anjing yang datang ke arah anda. Seterusnya pendaki akan melalui zon pokok orkid ungu yang tumbuh sepanjang tepi trek hingga satu kawasan lapang (bekas kongsi tinggal). Kenalpasti trek ke gunung memandangkan ada beberapa simpang disini.
Trek kemudian agak redup tapi masih di bekas trek balak, checkpoint seterusnya cuma bekas tapak khemah kecil (kem site pertama), dari sini pendaki boleh melihat puncak G. Rajah, beberapa langkah kedepan ada anak sungai merentangi trek. Beberapa minit perjalanan seterusnya ada satu simpang denai tidak jauh disebelah kiri. 

Setengah jam kemudian pendaki akan bertemu sungai berjeram. Pendaki perlu meneruskan pendakian dengan melintas sungai ini. Awas juga, air sungai ini akan menjadi deras apabila hujan dihulu. Walaupun sungai ini bukan sungai Y tapi pertemuan sebatang sungai lagi disini seperti huruf Y. 

Air Terjun Naning/Nading
Air terjun ini merupakan checkpoint seterusnya kira-kira setengah jam dari cross sungai pertama. Kem site berada seberang sungai di bahagian atas air terjun Naning berdekatan dengan sungai. Air sungai dingin dan nyaman tapi awas air sungai akan menjadi begitu deras apabila hujan di hulu. Trek dari air terjun ke agak landai, pendaki tidak perlu menggunakan tangan mahupun dagu untuk memanjat. 
3-5 jam trekking dari Air Terjun Nading, pendaki akan tiba puncak satu permatang, jika cuaca baik dan cerah pendaki akan nampak dinding batu yang membentuk formasi gunung Rajah serta puncaknya. Berada diatas puncak bermakna pendaki perlu turun ke lurah sebelum mendaki kembali. Cabaran seterusnya adalah mendaki dinding batu 90 darjah tegak. Tali yang sedia diikat membantu pendakian.
Sumber air terakhir (Last Water Point) berada tidak jauh dari trek, deruan air terjun mini boleh didengari. Hanya beberapa langkah dari trek pendaki boleh pergi mengambil air bekalan. Setengah jam berikutnya pendakian agak mencanak, pendaki perlu menggunakan tangan untuk memanjat dan memaut pada akar-akar yang merentangi trek hingga sampai ke puncak.

Puncak G. Rajah
Kem site puncak berada tidak jauh sebelum pendaki sampai ke puncak gunung. Panorama di puncak menarik dengan sudut pandangan 360 darjah serta angin di puncak bertiup dingin. Puncak ditandakan dengan satu batu tanda seperti bola / sfera terbenam ditengah batuan di puncak.

log:
Air Terjun Chamang - rumah orang asli - 1/2 jam
rumah org asli - kem site pertama - 1 jam
kem site pertama - coss sg pertama 1/2 jam
cross sg pertama - Air Terjun Naning - 1/2 jam
Air Terjun Naning - puncak permatang, 3 jam
puncak permatang - last water point - 1 jam
last water point - puncak Rajah- 1/2 jam.

Hasil dan sumber
www.ogkl.com.my

Friday, 27 May 2011

aiR TeRJuN BeRKeLaH














Pada 13.05.2011 - 15..05.2011 semua ahli kumpulan ini telah membawa seramai 23 orang perserta ke  AIR TERJUN BERKELAH..antara aktiviti yang kami akukan ialah mandi sungai,terjun dari batu tinggi,yang paling menarik ada aktiviti turun dari cerun batu mengunakan tali...harap semua gembira...

Sunday, 1 May 2011

Trip Gunung Tapis

Pada 29/04/2011 - 02/05/2011 ada sebahagian ahli kumpulan  ZOALS GELACH yang pergi ke Gunung Tapis di kuantan Pahang..ini ade serba sedikit maklumat mengenai Gunung Tapis.

About 16 kilometres from Sungai Lembing is Gunung Tapis, the 18th highest mountain in the peninsula at 4, 957 feet. A favourite challenge for climbing and trekking enthusiasts while in Pahang, the immediate vicinity in which Gunung Tapis resides is a well-kept nature park with camping areas, hot springs, white water challenge in its fast-flowing rivers and great fishing, especially for the much-sought after kelah (Malaysian mahseer).Rainbow waterfall

Although compared to other mountains, taking on Gunung Tapis may not be an overwhelming undertaking to the experienced climber, it is best not to underrate Mother Nature and take extra precautions. The trek to the summit is very challenging and is uphill all the way from the trailhead. 
High fitness level is necessary and trekking hours will be quite long through the undulating trail. Get an experienced guide and always inform the officers at the police station at Sungai Lembing before you start the climb.

The view from the top is quite breath taking. Most of the time all you can ever see is a sea of white clouds obscuring the view of the lowlands, with occasional breaks to reveal the surrounding terrain. On a clear day, you can see Gunung Tahan in the distance. The temperature at the peak can range between 18 to 8 degrees Celsius, depending on the time of day. The sunset from the peak is great and on the way up you will come across a grove of miniature-like trees dubbed by climbers as the bonsai garden. The stunted appearance of the treks and shrubs is due to the relentless gust of wind that blows against the hillside.